Thursday 14 July 2011

Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik

Sinopsis :Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik

PERANAN KOMPUTER  DALAM PENDIDIKAN  MATEMATIK
SINOPSIS:
          Dalam artikel Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik menekankan tentang pentingnya ICT dalam pembelajaran matematik.Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. . Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini telah merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran termasuk matematik.Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting.Pertama, pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan computer,kedua,penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data dan ketiga,penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
            Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan computer.
          Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Tuesday 5 July 2011

Merancang masa bermakna merancang kejayaan...Yakin terhadap diri sendiri..~

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda,
anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa
 cita-cita tersebut akan dicapai!..............

Dengan keyakinan yang tinggi,
ia akan menjadi penggerak kepada anda
untuk tidak menoleh ke belakang lagi...

Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau pasti boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu..